Contoh-contoh megabait Megabait

Bergantung kepada kaedah pemampatan dan format fail, satu megabait data adalah lebih kurang sama dengan:

  • 1024×1024 piksel imej peta bit, dengan kedalaman warna sebanyak 8 bit (1 bait);
  • satu minit muzik mampat MP3 128 kbit/s;
  • 5.7 saat audio CD tak mampat;
  • 100 halaman teks fon 12 poin dengan ruang tunggal dalam OpenOffice.org
  • satu jilid buku biasa dalam format teks (500 halaman × 2000 aksara)
  • 3 saat video kualiti-DVD.